Berita

Aminuddin: KeADILan sentiasa disokong oleh gerakan Islam

KeADILan juga parti yang mendokong gerakan Islam

SEREMBAN: Pengerusi Majlis Pimpinan KeADILan Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, perjuangan parti KeADILan sentiasa disokong oleh gerakan Islam.

“Sering dimomokkan kononnya parti KeADIlan sebuah parti liberal dan plural.

“Hari ini dibuktikan lagi dengan sokongan (kemasukan) teman-teman (agamawan) ke dalam KeADILan.

“KeADILan sebuah parti yang sentiasa mendokong gerakan Islam.

“Namun, kita hidup dalam masyarakat yang majmuk, kita juga harus memikirkan tentang masyarakat lain selain Melayu seperti kaum Cina dan India,” katanya.

Aminuddin berkata demikian dalam sidang media Pengumuman Kemasukan 15 Tokoh Agamawan ke dalam KeADILan di Klana Resort, Seremban hari ini.

Turut bersama dalam majlis ini Presiden KeADILan, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Penerangan KeADILan, YB Dato’ Seri Shamsul Iskandar Mat Akin.

Sementara itu Aminuddin berkata, masih ramai lagi tokoh Islam yang menyokong perjuangan KeADILan.

“Ramai agamawan yang menyokong KeADILan di luar sana, tetapi mereka takut untuk menyatakan pendirian mereka secara terbuka.

“Ini ialah kerana mereka ada kekangan (bekerja di sektor tertentu).

“Namun, mereka sentiasa beri idea dan pandangan dan sentiasa bersama kita (KeADILan).

 

Show More

Related Articles

Back to top button