Menarik

46 keluarga Orang Asal terima sumbangan bakul makanan dari Hasan

TAMPIN: Ahli Parlimen Tampin, YB Hasan Bahrom telah memberi sumbangan bakul makanan kepada 46 buah keluarga Orang Asal Kampung Orang Asli Ulu Pondoi dan Tebong Pasir.

Hasan berkata, sumbangan tersebut bagi menghargai Orang asal bersempena Sambutan Orang Asli Sedunia.

“Semoga sumbangan ini dapat membantu mereka.

“Saya juga berharap agar Dasar Pembangunan Orang Asal dapat dimuktamadkan segera oleh Kerajaan Persekutuan demi kelestarian Masyarakat Orang Asal,” kata Hasan.

Turut hadir, Pengarah Jakoa Negeri Sembilan Melaka, Puan Shahrani Idderis dan Pegawai Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah Kuala Pilah dan Tampin, Encik Mohd Khairul Anuar Abu Khamis.

Show More

Related Articles

Back to top button