Berita

Pesta Bola Ngoca perkenal kategori ‘World Cup Sawah’

KUALA PILAH: Pesta Bola Ngoca yang dianjurkan Kerajaan Negeri Sembilan pada tahun ini telah memperkenalkan kategori antarabangsa yang dipanggil ‘World Cup Sawah‘.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kategori ini diperkenalkan kerana Pesta Bola Ngoca yang diadakan pada tahun ini menerima penyertaan pasukan daripada luar negara iaitu Kedutaan Zambia dan juga Vietnam.

“Tiga pasukan daripada Malaysia, Zambia dan Vietnam bakal bertanding bagi merebut kejuaraan.

“Hadiah bagi kategori ini adalah wang tunai sebanyak RM5,000 dan bertujuan meraikan penyertaan daripada pasukan luar negara.

“Kita dapat lihat di sini bahawa sukan tradisi Negeri Sembilan ini perlu dipandang pada tahap yang lebih tinggi lagi,” ujar Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Pesta Bola Ngoca 2023 di Kampung Budaya Terachi.

Show More

Related Articles

Back to top button