Berita

6 daerah Negeri Sembilan keluar daripada miskin tegar

JEMPOL: Sebanyak enam buah daerah dalam Negeri Sembilan berjaya keluar daripada garid miskin tegar.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Yab Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, enam daerah tersebut adalah Rembau, Port Dickson, Jempol, Tampin, Kuala Pilah dan Jelebu.

“Manakala, Seremban pula kita akan berusaha selewatnya dalam masa tujuh hari.

“Ia adalah hasrat Kerajaan Negeri untuk memastikan rakyat Negeri Sembilan keluar daripada garis miskin tegar menjelang 31 Disember ini.

“Kita ketahui bahawa tidak mustahil tahun hadapan kita akan terima semula pertambahan miskin tegar.

“Walau bagaimanapun kita akan terus giat berusaha untuk memastikan semua rakyat di negeri ini untuk keluar daripada miskin tegar,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button