Menarik

60 pelajar asnaf terima sumbangan ‘Back to school’ dari Ismail

LABU: ADUN Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad dan Pengurusan AJK Masjid Bandar Enstek telah menganjurkan satu program sumbangan ‘Back to school DUN Labu’ di Masjid Bandar Enstek.

Ismail berkata, pada majlis tersebut, seramai 60 orang pelajar terdiri daripada anak-anak asnaf telah menerima sumbangan.

“20 pelajar menerima sumbangan wang tunai RM100 daripada saya.

“Pengurusan masjid pula menyumbang kelengkapan set alat tulis dan makanan,” katanya.

Ismail dalam ucapannya menekankan pentingnya masjid dalam memainkan peranan sebagai pusat aktiviti keagamaan dan pembangunan sosial.

“Program seperti serahan bantuan persekolahan yang dianjurkan ini adalah amat penting bagi membantu dan memberi semangat kepada anak-anak kariah untuk terus berjuang dalam medan ilmu yang merupakan salah satu dari kewajipan agama.

“Setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Khidmat Rakyat DUN Labu dan Jawatankuasa Program yang bersama-sama menjayakan majlis ini,” ujar Ismail.

Turut hadir, Pengerusi Masjid Bandar Enstek, Dato’ Jaafar Mahad; Setiausaha Masjid Bandar Enstek, Encik Said Samsudin Kamari dan Imam 1, Tuan Mohammad Nasrul Arif Roslan.

 

Show More

Related Articles

Back to top button