Berita

Kemudahan WiFi percuma di DUN Nilai

NILAI: Dalam Belanjawan 2022 Negeri Sembilan, Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan bagi memasang WiFi percuma di balai raya seluruh negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, YB J.Arul Kumar berkata, di dalam DUN Nilai terdapat lima balai raya yang mempunyai WiFi percuma.

“Sesiapa sahaja boleh menggunakan WiFi di balai raya tersebut.

“Kami juga menyediakan kemudahan tempat duduk, meja dan plug point (punca elektrik) bagi memudahkan mereka yang menggunakannya.

“Pelajar yang kurang berkemampuan juga dapat menggunakan akses internet percuma ini agar mereka tidak tertinggal dalam pelajaran,” kata Arul Kumar.

Senarai balai raya, Username dan Password adalah seperti berikut:

1. Balai Raya Kampung Baru Nilai
Username : St John Nilai
Password : stjohnnilai123

2. Balai Raya Kampung Batang Benar
Username : WIPERKOM
Password : 123456789

3. Balai Raya Kampung Baru Mantin
Username : kampung baru
Password : abcd12345678

4. Balai Raya Kampung Mantin Dalam (Taman Andalas)
Username : WIPERKOM
Password : 123456789

5. Balai Raya Kampung Setul (Taman Mantin)
Username : WIPERKOM
Password : 123456789

Show More

Related Articles

Back to top button