BeritaProgram

61 nelayan terima bantuan bot, enjin dan peralatan tangkapan

PORT DICKSON: Seramai 61 nelayan dari Port Dickson menerima bantuan bot, enjin dan peralatan tangkapan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Aminuddin berkata, pandemik Covid-19 menyebabkan ekonomi negara dan dunia terjejas teruk termasuk industri perikanan.

“Justeru itu, bagi membantu para nelayan untuk meningkatkan tangkapan dan menaikkan pendapatan mereka, Kerajaan Negeri Sembilan memperuntukkan dana berjumlah RM500,000 dalam Belanjawan Negeri Sembilan 2022 melalui Insentif Galakan Nelayan (InGen).

“12 orang nelayan menerima bot fibre, 30 nelayan menerima enjin bot dan 19 nelayan menerima pelbagai jenis peralatan menangkap ikan.

“Saya berharap para nelayan dapat memanfaatkan bantuan yang diberikan ini dengan sebaik mungkin dan menjadi dorongan untuk meningkatkan hasil tangkapan; selain meningkatkan sumber pendapatan keluarga serta bekalan sumber protein rakyat,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button