Berita

63 pelajar sekolah terima biasiswa dari Wan Hasni

SIKAMAT: Seramai 63 pelajar sekolah menengah dari DUN Sikamat telah menerima bantuan Biasiswa Anak Negeri dari Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Mewakili Aminuddin isteri beliau, YABhg Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof menyampaikan bantuan tersebut di Balairaya Taman Desa Rhu.

Wan Hasni berkata, Biasiswa Anak Negeri adalah salah satu usaha Kerajaan Negeri bagi membantu pelajar cemerlang daripada keluarga kurang berkemampuan yang tersenarai dalam sistem e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Sepanjang tahun 2021, seramai 1,333 orang pelajar sekolah menengah dari seluruh Negeri Sembilan telah menerima biasiswa berjumlah RM600 setiap pelajar.

“Besarlah harapan saya agar para penerima dapat menggunakan biasiswa ini dengan sebaiknya dalam usaha mengejar ilmu pengetahuan.

“Saya yakin dan percaya bahawa ilmu adalah sinar kepada kehidupan serta mampu merubah kehidupan ke arah yang lebih baik,” kata Wan Hasni.

Aminuddin tidak dapat hadir ke majlis penyerahan biasiswa ini berikutan ada urusan rasmi penting yang tidak dapat dielakkan.

1. Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah – 21 pelajar
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Haji Mohd Redza – 19 pelajar
3. Sekolah Menengah Kebangsaan Warisan Puteri – 12 pelajar
4. Sekolah Menengah Kebangsaan Pendeta Za’ba – 10 pelajar
5. Sekolah Menengah Kebangsaan Sheikh Haji Mohd Said – 1 pelajar

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button