Berita

93 keluarga Hindu terima sumbangan Deepavali daripada Bakri

KLAWANG: Seramai 93 keluarga beragama Hindu terima sumbangan kewangan dan barangan keperluan dapur daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Dato’ Bakri Sawir.

“Sumbangan ini diberikan kepada keluarga yang kurang berkemampuan sempena sambutan Deepavali pada 12 November ini.

“Semoga sumbangan ini memeriahkan lagi sambutan Deepavali pada tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Bakri turut menyumbangan sumbangan kewangan kepada Kuil Sri Maha Mariamman dan Kuil Sri Maha Kanapathy Eswaran di Kuala Klawang.

Turut hadir, ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren; Ketua MIC Cawangan Kuala Klawang, Saudara Navaratnam; Pengerusi Kuil Sri Maha Kanapathy Eswaran, Encik Achuthan dan Setiausaha Persatuan Kebajian Masyarakat India dan Kelab Sukan Klawang, Encik Suriakumar.

Show More

Related Articles

Back to top button