Kerajaan Negeri Sembilan diterajui Pakatan Harapan (PH) telah menunaikan 97 peratus manifesto yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) bagi tempoh lima tahun tempoh pentadbiran.
Antara kejayaan tersebut ialah:
27,688 unit rumah mampu milik dibina di bawah Inisiatif Program Rumah Harapan Rakyat Negeri
Sembilan.
Hasil negeri meningkat dalam tempoh lima tahun pentadbirannya iaitu sebanyak RM 566 Juta (2019) antara yang tertinggi direkodkan dan RM 521 Juta pada tahun 2022.
Pelaburan negeri mencecah RM9 bilion pada tahun lepas & dijangka terus meningkat.
Pelbagai pembangunan dan bantuan diberikan untuk membela kebajikan rakyat terutamanya ketika
berdepan pandemik Covid-19 serta kepada golongan B40, usahawan dan golongan wanita.