Menarik

Abdul Malek beri sumbangan kewangan kepada warga emas

SENALING: Seorang warga emas di Kampung Seberang Pekan, Kuala Pilah menerima sumbangan kewangan daripada Penyelaras DUN Senaling, Tuan Abdul Malek Alias.

Abdul Malek berkata, warga emas tersebut patah kaki akibat terjatuh di kawasan rumahnya.

“Selain wang, saya juga turut memberikan lampin pakai buang, susu, beras dan barangan dapur.

“Kegembiraan jelas tergambar di wajah beliau apabila menerima sumbangan tersebut.

“Semoga beliau sihat dan dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa,” kata Abdul Malek.

Show More

Related Articles

Back to top button