BeritaProgram

Ahli Majlis Daerah bersemangat bertugas lebih cemerlang

SEREMBAN: Bantuan Khas Kewangan (BKK) Hari Raya Aidilfitri sebanyak RM1,000 merupakan satu perangsang kepada Ahli Majlis Daerah untuk bertugas lebih cemerlang.

Ahli Majlis Daerah Kuala Pilah, Encik Kamarul Arifin Wafa berkata, inisiatif ini adalah keprihatinan Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di atas kerja-kerja yang dilakukan oleh Ahli Majlis Daerah dalam membantu Kerajaan Negeri menyampaikan maklumat dan membantu membangunkan sesuatu daerah.

“Peranan Ahli Majlis Daerah cukup penting kerana ibarat duta kecil bantu Kerajaan Negeri bangunkan daerah mengikut hasrat dan kehendak Kerajaan Negeri yang selari dengan pembangunan Negeri Sembilan.

“Ribuan terima kasih kepada Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan YAB Menteri Besar,” kata Kamarul Arifin.

Seramai 88 Ahli Majlis Daerah menerima BKK sebanyak RM1,000 yang membabitkan peruntukan sejumlah RM88,000.

Ini juga satu peningkatan berbanding RM600 pada tahun 2022.

Show More

Related Articles

Back to top button