BeritaProgram

Ahli Majlis dapat Duit Raya berazam bantu PBT tambah pendapatan

SEREMBAN: Ahli Majlis Daerah Rembau yang mendapat Bantuan Khas Kewangan (BKK) Hari Raya Aidilfitri berazam membantu Majlis Daerah Rembau meningkatkan pendapatan.

Encik Shukri Mohamad Habib berkata, pemberian BKK sebanyak RM1,000 oleh Kerajaan Negeri merupakan satu penghargaan kepada usaha-usaha yang dilakukan oleh Ahli Majlis Daerah.

“Kami Ahli Majlis Daerah suka sebab tahun lepas kami dapat RM600, tahun ini dah tambah jadi RM1,000.

“Insyah Allah kita ahli majlis akan berusaha membantu Majlis Daerah Rembau meningkatkan pendapatan supaya dapat bersaing dengan majlis perbandaran untuk memajukan daerah Rembau.

“Terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dan Exco Kerajaan Negeri di atas kelulusan pemberian BKK kepada semua Ahli Majlis Daerah di Negeri Sembilan,” kata Shukri.

Show More

Related Articles

Back to top button