Berita

Tiga pesakit kronik terima sumbangan kewangan daripada Latif

GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi telah memberikan sumbangan kewangan kepada tiga individu sakit kronik di Taman Regent.

Abd Latif berkata, dua individu iaitu Encik Ramli Syafie dan Encik Abd Halim mengidap strok.

“Manakala seorang individu lagi, Puan Siti Nur Fatihah terlantar akibat jangkitan kuman di otak beliau.

“Sumbangan bakul makanan turut diberikan kepada mereka.

“Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban mereka.” kata Abd Latif.

Show More

Related Articles

Back to top button