Berita

Air sungai berbau minyak punca LRA Linggi hentikan pengeluaran

LINGGI: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi terpaksa menghentikan pengeluaran kerana terdapat pencemaran air sungai yang berbau minyak.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, penghentian tersebut kerana ia tidak menepati piawaian kualiti air minum kebangsaan.

“Walau bagaimanapun, sehingga semalam tiada pencemaran bau air dikesan di LRA Sungai Linggi.

“Oleh hal yang demikian, loji akan mula beroperasi semula namun secara berperingkat sebelum air dapat disalurkan semula.

“Namun begitu, beberapa kawasan tinggi dan penghujung sistem retikulasi dijangka akan mengalami tempoh pemulihan yang lebih lama.

“Kawasan yang terlibat adalah dari sebahagian kawasan Batu 6 Jalan Pantai, Batu 4 Jalan Pantai, Jalan Sua Betong, Air Kuning, Tampin Linggi sehingga sekitar kawasan Pekan Port Dickson.

“Turut terlibat dari Simpang Bukit Palong, Chuah, Bukit Pelandok sehingga Tanah Merah Site A.

“Manakala di Seremban kawasan yang terbabit Rantau dan Jalan Sungai Gadut sehingga Taman Pinggiran Senawang,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button