Berita

Aishah sumbang 350 pek kurma kepada jabatan kerajaan di DUN Gemas

GEMAS: Penyelaras DUN GEmas, Puan Siti Aishah Seman@Othman telah memberikan sumbangan 350 pek kurma kepada jabatan kerajaan yang terdapat di DUN Gemas.

Siti Aishah berkata, antara jabatan yang menerima sumbangan tersebut adalah Balai Polis, Balai Bomba, Angkatan Pertahanan Awam, Angkatan Tentera (MP), Jabatan Agama Islam, Pejabat Daerah Kecil Gemas, Klinik Kesihatan Gemas.

“Saya juga turut memberikan sumbangan kurma tersebut kepada MPKK, masjid dan surau di sekitar DUN Gemas.

“Semoga sumbangan kurma ini dapat meningkatkan motivasi mereka untuk melakukan perkara sunnah di bulan Ramadhan ini,” kata Siti Aishah.

Show More

Related Articles

Back to top button