Berita

Masjid dan surau DUN Bukit Kepayang terima RM21,000 daripada Nicole

BUKIT KEPAYANG: Sebanyak tiga buah masjid dan 18 buah surau di DUN Bukit Kepayang menerima sumbangan kewangan berjumlah RM21,000 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon.

Nicole berkata, sumbangan RM1,000 bagi setiap masjid dan surau tersebut bertujuan membantu pengurusan masjid dan surau untuk melakukan aktiviti sepanjang bulan Ramadhan.

“Sumbangan tersebut diberikan dalam satu majlis berbuka puasa bersama AJK masjid dan surau di Dewan MBS.

“Rata-rata mereka mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan.

“Dalam masa sama, saya turut memberikan sumbangan Bakul Ramadhan kepada lima orang daripada setiap masjid dan surau yang memerlukan bantuan.

“Semoga sumbangan yang diberikan dapat membantu meringankan beban mereka,” kata Nicole.

Turut hadir, Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin.

 

Show More

Related Articles

Back to top button