Menarik

Aishah sumbang peralatan perniagaan kepada seorang peniaga

GEMAS: Penyelaras DUN Gemas, Puan Siti Aishah Seman@Othman telah menyumbang peralatan perniagaan kepada Puan Fauziah di Kampung Kurnia Diraja.

Siti Aishah berkata, Puan Fauziah merupakan seorang peniaga di kawasan tersebut.

“Saya dimaklumkan bahawa Puan Fauziah memerlukan ‘banner’ perniagaan dan meja hidangan (lauk).

“Semoga sumbangan ini dapat membantu beliau untuk menjadi peniaga yang berjaya pada masa akan datang,” kata Siti Aishah.

Turut hadir, Penghulu Mukim Gemas, Encik Mohd Rosdi Yunus.

Show More

Related Articles

Back to top button