Berita

Akademi roti canai pertama di Malaysia

SEREMBAN: Negeri Sembilan bakal menjadi negeri pertama di Malaysia yang akan mempunyai akademi khusus untuk mengajar anak muda secara formal bagi menguasai kemahiran menebar dan menyediakan roti canai.

Exco Pembangunan Belia dan Sukan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani berkata, perkara ini bakal menjadi realiti dalam tempoh dua bulan akan datang menerusi kerjasama antara Pejabat Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan; Yayasan Negeri Sembilan (YNS); Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH) dan ‘Abang Terbang’.

“Satu silibus khas akan dirangka untuk dimasukkan dalam senarai kursus jangka pendek yang boleh ditawarkan oleh Kumpulan Akademi Yayasan Negeri Sembilan (KAYNS) kepada belia.

“Berdasarkan pengamatan saya, gaji sebagai penebar roti canai agak lumayan,” kata beliau.

Mohamad Taufek berkata, gerai atau kedai makan yang menawarkan menu berasaskan roti canai, lazimnya sering jadi tumpuan pelanggan.

“Sebab itu, saya cuba wujudkan sinergi antara Abang Terbang dan YNS.

“Abang Terbang bukan sahaja kreatif dalam penghasilan roti canai, malah mempunyai pendekatan tersendiri dalam aspek promosi dan publisiti produk mereka.

“Seperti yang saya pernah kongsikan sebelum ini, gerai roti canai Abang Terbang di pekan Kuala Pilah mampu menjual antara 400 hingga 500 keping roti canai sehari pada hari bekerja dan antara 600 hingga 700 keping roti canai sehari pada hujung minggu,” jelas beliau lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button