Berita

Akses wifi percuma di DUN Ampangan

AMPANGAN: Belanjawan 2022 Negeri Sembilan telah meluluskan peruntukan sebanyak RM300,000 bagi menyediakan kemudahan akses wifi percuma di seluruh Negeri Sembilan.

Exco Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek berkata, Kerajaan Negeri mensasarkan untuk menyediakan kemudahan wifi percuma di 100 balai raya untuk kegunaan pelajar khususnya dan masyarakat awam amnya.

“Justeru, saya telah mengusahakan untuk menyediakan akses wifi percuma di enam balai raya di DUN Ampangan.

“Enam balai raya yang menyediakan kemudahan akses wifi percuma adalah seperti berikut:

1. Balai raya MPKK Kampung Ismail.

2. Balai raya MPKK Kampung Gedong Lalang Lama.

3. Balai raya MPKK Kampung Bahagia Jiboi.

4. Balai raya MPKK Kampung Dusun Nyior.

5. Balai raya MPKK Kampung Sekolah.

6. Balai raya MPKK Kampung Sungai Landak.

“Kerja-kerja pemasangan wifi percuma telah berjalan.

“Kita mengharapkan masyarakat dapat menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya,” kata Mohamad Rafie.

Show More

Related Articles

Back to top button