Menarik

Aminuddin ‘belanja’ pengunjung Bazar Ramadhan Pekan Kota

KOTA: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun dan isteri beliau, YABhg Datin Seri Wan Hasni Wan Yusof beramah mesra bersama pengunjung dan peniaga di Bazar Ramadan Pekan Kota.

“Saya sempat membeli juadah dan menyumbang kepada pengunjung bazar di sini.

“Untuk makluman, penjaja yang berniaga di bazar Ramadhan ini adalah penerima Insentif Penempatan Penjaja 2021.

“Seramai 10 orang peniaga telah diberikan tapak dan juga lesen untuk berniaga di lokasi tersebut bukan sahaja sepanjang bulan Ramadhan, sebaliknya sepanjang tahun.

“Tahniah saya ucapkan kepada para peniaga yang menggunakan peluang yang diberi dengan sebaiknya,” kata Aminuddin.

Aminuddin berharap, lebih ramai lagi penjaja yang akan mendapatkan tapak berniga di seluruh Negeri Sembilan dengan pelaksanaan Inisiatif Penempatan Penjaja 2022 kelak.

Turut hadir, Penyelaras DUN Kota, Penyelaras DUN Kota, Tuan Muhammad Allif Ibrahim.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button