Berita

Aminuddin beri ‘Sumbangan Raya’ kepada kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah memberi Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam Kerajaan Persekutuan yang berkhidmat di Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan.

Aminuddin berkata penyerahan kali ini melibatkan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan.

“Ini adalah sesi kedua bagi penerima yang tidak berkesempatan hadir ke sesi penyerahan pertama pada 29 April.

“Sumbangan ini adalah penghargaan kepada semua penjawat awam Kerajaan Persekutuan yang melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang sepanjang tahun 2021 dan suku tahun 2022.

“Semoga BKK yang disalurkan ini memeriahkan sambutan Aidilfitri semua penerima, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Turut hadir, Exco Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button