Aminuddin beri sumbangan RM30,000 kepada SMK Agama Dato’ Haji Abu Hassan Sail
PEDAS: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Dato’ Haji Abu Hasssan Sail yang terlibat dengan kejadian kebakaran pada Ahad lalu, menerima sumbangan kewangan sebanyak RM30,000 daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.
Aminuddin berkata, kebakaran ini melibatkan asrama pelajar lelaki dan sumbangan tersebut bertujuan membantu pihak sekolah melakukan kerja-kerja pembersihan.
“Saya juga menyerahkan sumbangan RM300 kepada 90 orang pelajar yang terkesan akibat kejadian kebakaran ini.
“Semoga bantuan yang diberikan dapat meringankan beban pengurusan sekolah dan para pelajar tersebut.
“Mujur tiada sebarang kemalangan jiwa yang berlaku.
“Terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia yang berjaya menghalang kebakaran daripada merebak,” kata Aminuddin.