Berita
Aminuddin dengar keluhan rakyat
SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menyantuni penduduk DUN Sikamat di Balai Raya Taman Desa Rhu.
Aminuddin berkata, perjumpaan tersebut merupakan aktiviti mingguan setiap hari Khamis.
“Pertemuan bersama penduduk memberikan saya peluang untuk mendengar permasalahan rakyat secara terus.
“Terima kasih kepada petugas yang membantu pada hari ini.
“Insya Allah, segala permasalahan yang diketengahkan akan diselesaikan,” kata Aminuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.