Berita
Aminuddin hargai peranan anggota bomba
PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menghargai peranan yang dilakukan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan.
Aminuddin turut mengucapkan terima kasih kepada mereka atas semua jasa dan bakti.
“Sebagai contoh adalah ketika insiden kebakaran yang terjadi di Dataran Teluk Kemang tempoh hari.
“Mereka memberikan respon serta tindakan yang sangat pantas.
“Saya berharap agar mereka terus cemerlang dalam memberikan perkhidmatan buat rakyat Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.