BeritaMenarik

Gunasekaren hulur sumbangan kewangan kepada pasukan bola sepak SJKT Ladang Senawang

SEREMBAN JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren telah menyampaikan sumbangan cek sebanyak RM500 untuk pasukan bola sepak Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Senawang.

Gunasekaren berkata, beliau menyokong sepenuhnya usaha pihak SJKT Ladang Senawang yang membentuk satu pasukan bola sepak dan menyertai Kejohanan Bola Sepak Sekolah Tamil Bawah 12 Tahun Kebangsaan MIFA Beyond 2023 pada 22 Disember hingga 24 Disember 2023 di Arena KOPA, Pulau Pinang.

“Usaha melibatkan golongan pelajar dalam aktiviti sukan seharusnya dipuji.

“Justeru itu, saya telah menyerahkan sumbangan kewangan RM500 kepada pengurusan pasukan ini bagi menampung sebahagian kos perjalanan ke Pulau Pinang tidak lama lagi,” kata Gunasekaran.

Pasukan bola sepak SJKT Ladang Senawang turut diperkuatkan dengan khidmat pemain dari beberapa SJKT yang berdekatan dengan komposisi pemain adalah seperti berikut:

1) SJKT Ladang Senawang – 9 orang pemain.

2) SJKT Ladang Seremban – 3 orang pemain.

3) SJKT Convent – 1 orang pemain.

4) SJKT Rantau – 1 orang pemain.

5) SJKT Lorong Jawa – 1 orang pemain.

Gunasekaren berkata, tiga lagi sekolah yang akan mewakili Negeri Sembilan di kejohanan ini ialah SJKT Bandar Sri Sendayan, SJKT Ladang St.Helier dan SJKT Bandar Springhill.

“Saya berharap semua pasukan ini dapat mencipta kejayaan dalam kejohanan ini dan mengharumkan nama Negeri Sembilan,” ujar beliau lagi.

Menurut Gunasekaren lagi, kejohanan ini akan menampilkan 40 pasukan lelaki dan 20 pasukan perempuan dari SJKT seluruh negara.

“Seramai 840 pemain dan 140 pegawai akan terlibat dalam kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MIFA) ini,” jelas Gunasekaren.

 

  • Malaysian Indian Football Association (MIFA)
Show More

Related Articles

Back to top button