Berita

Aminuddin kekal sebagai Pengerusi KeADILan Negeri Sembilan – Anwar

SEREMBAN: Kedudukan YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KeADILan Negeri Sembilan kukuh dan kekal; kata Presiden KeADILan, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata, mesyuarat MPN KeADILan Negeri Sembilan yang dipengerusikan oleh beliau hari ini, mencapai konsensus untuk memberi sokongan padu kepada Aminuddin dalam menguatkan parti terutamanya jentera pilihan raya parti.

“Kedudukan (Aminuddin) sebagai menteri besar tidak berbangkit dan mendapat sokongan padu.

“Tetapi ada dibangkitkan permintaan supaya MB (Aminuddin) beri sedikit perhatian kepada keperluan parti, cabang-cabang, untuk memperkukuh jentera, dalam menghadapi pilihan raya di Negeri Sembilan.

“Selepas mendengar dan mengambilkira beberapa pandangan (ahli MPN) ini, MPN meminta Aminuddin untuk teruskan tugasnya sebagai Pengerusi MPN,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button