Berita

Dutch Lady labur RM400 juta di Negeri Sembilan

NILAI: Dutch Lady Milk Industries (DLMI) Berhad sedang membina kilang pemprosesan susu dengan pelaburan lebih RM400 juta di Bandar Baru Enstek, Nilai.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, ini merupakan projek terbesar bagi DLMI sepanjang penubuhannya di Malaysia dengan jumlah pelaburan lebih RM400 juta.

Projek berkeluasan 14 hektar ini dijangka mampu meningkatkan kapasiti pengeluaran DLMI sebanyak sekali ganda daripada kapasiti sekarang.

“Projek ini telahpun bermula dan dijangka siap pada tahun 2023.

“Pembukaan kilang ini bakal menyediakan peluang pekerjaan yang banyak untuk penduduk sekitar.

“Terima kasih kepada DLMI kerana memilih Negeri Sembilan sebagai lokasi pelaburan baharu mereka,” kata Aminuddin selepas melawat tapak projek kilang pemprosesan DLMI pada Khamis.

Aminuddin berkata, Kerajaan Negeri akan terus berusaha menarik lebih banyak pelabur luar ke Negeri Sembilan bagi memberikan manfaat langsung dan tidak langsung kepada rakyat.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button