Berita

Aminuddin lancar ‘Gerobok Rezeki’ untuk penjawat awam

Terletak di Laman Informasi, Wisma Negeri, Seremban

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan sentiasa mengambil berat dan merancang kesejahteraan penjawat awam di Negeri Sembilan.

Justeru, Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah melancarkan Gerobok Rezeki khas untuk penjawat awam yang terletak di Laman Informasi, Wisma Negeri, Seremban.

“91.65 peratus penjawat awam negeri, berkanun dan pihak berkuasa tempatan di Negeri Sembilan adalah terdiri dari kumpulan sokongan yang mempunyai purata gaji di bawah RM4,210 sebulan iaitu dikategorikan sebagai kumpulan B40.

“Gerobok Rezeki ini merupakan satu sudut mengumpul bantuan barangan makanan asas bagi keperluan penjawat awam yang kurang berkemampuan atau memerlukan bantuan.

“Mereka bolehlah mengambilnya sekadar yang diperlukan supaya lebih ramai individu atau keluarga yang terjejas dapat turut menikmati manfaat inisiatif ini.

“Saya juga berharap inisiatif ini dapat diperluaskan di semua jabatan di Negeri Sembilan,” kata Aminuddin kelmarin.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button