Berita

Aminuddin mahu jadikan Negeri Sembilan sebagai destinasi pelancongan utama negara

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah mengadakan perbincangan dengan Langkawi Development Authority (LADA) serta Pejabat Daerah dan Tanah Langkawi bagi mendapatkan penanda aras dalam melonjakkan sektor pelancongan negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri optimis dengan peranan yang dimainkan LADA dalam mengekalkan Langkawi sebagai destinasi pilihan pelancong walaupun dalam situasi pasca pandemik Covid-19.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam sesi perbincangan tersebut.

“Semoga input yang diterima dapat direalisasikan di Negeri Sembilan dan seterusnya mampu menjadikan negeri ini sebagai salah satu destinasi pelancongan utama negara, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button