Berita

Pasar Besar Seremban dibuka sehingga 12 malam

SEREMBAN: Sempena perayaan Tahun Baru Cina, waktu operasi perniagaan Pasar Besar Seremban akan dilanjutkan sehingga pukul 12.00 malam.

Exco Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, YB Teo Kok Seong berkata, Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif ini bagi mengurangkan masalah kesesakan.

“Operasi perniagaan Pasar Besar Seremban yang dilanjutkan masa ini akan diteruskan sehingga 21 Januari ini.

“Langkah ini bertujuan mengurangkan kesesakan orang ramai di Pasar Besar Seremban dan pengguna kenderaan di bandar Seremban.

“Kerajaan Negeri juga bercadang melanjutkan waktu operasi Pasar Besar Seremban untuk semua musim perayaan pada masa akan datang termasuk sambutan Hari Raya Aidilfitri,” kata Teo.

Show More

Related Articles

Back to top button