Berita

Aminuddin mudah didekati

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun merupakan seorang yang sangat mudah didekati.

Mohamad Hakim Mohamad Syafawi berkata, beliau tidak mengambil kira protokol apabila berjumpa dengan rakyat.

“Kita juga boleh berjumpa dengan beliau dan bertegur sapa di mana-mana sahaja.

Itu menunjukkan bahawa beliau merupakan antara Menteri Besar Negeri Sembilan paling mudah didekati,” kata Hakim.

Azah berkata demikian ketika diwawancara oleh Negeri Kita di Majlis Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Sembilan di Padang Majlis Bandaraya Seremban pada Khamis.

Hakim turut memberitahu bahawa Aminuddin mempunyai ketokohan yang tinggi dalam mentadbir Negeri Sembilan.

“Berdasarkan pemerintahan beliau pada penggal lalu, saya boleh lihat bahawa beliau mempunyai visi yang besar terhadap negeri ini untuk terus maju dan dibangunkan,” ujarnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button