Menarik

Aminuddin rai guru SMK Felda Bukit Rokan

GEMENCHEH: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah meraikan para guru Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Bukit Rokan di Majlis Makan Malam Apresiasi.

Aminuddin berkata, majlis tersebut diadakan bagi meraikan penat lelah mereka yang berjaya melonjakkan Gred Purata Sekolah (GPS) daripada 6.06 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 kepada 4.54 dalam SPM tahun lalu.

“Kejayaan ini membuktikan bahawa anak-anak yang berada di kawasan luar bandar juga mampu mencapai prestasi tinggi sekiranya diberi peluang sebaiknya.

“Pendidikan menuntut kita supaya sentiasa memperbaharui diri dengan ilmu dan tekad pada setiap masa.

“Justeru itu, saya berharap agar para guru sentiasa merebut semua peluang baik yang ada bagi mengembangkan lagi prestasi anak-anak murid untuk kesejahteraan masa hadapan, Insya Allah,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button