Berita

Negeri Sembilan ‘bersih’ di bawah Aminuddin

SEREMBAN: Rakyat Negeri Sembilan merasakan negerinya lebih ‘bersih’ di bawah pimpinan Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Timbalan Presiden KeADILan, Saudara Rafizi Ramli berkata, kaji selidik INVOKE (NGO penyelidikan data) mendapati rakyat Negeri Sembilan berpuas hati dengan pembangunan infrastruktur di kawasan kampung di bawah pentadbiran Aminuddin.

“Dalam kaji selidik penduduk tempatan kata kawasan kampung lebih bersih berbanding dahulu.

“Bila kita tanya balik, maksud bersih itu infrastruktur di kampung seperti jalan dan longkang jauh lebih baik di Negeroi Sembilan berbanding di negeri lain.

“Rakyat suka wang cukai dikembalikan dan pembangunan infrastruktur diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Aminuddin,” jelas Rafizi.

Rafizi berkata demikian di Ceramah Jelajah Trak Ayuh Malaysia di Perkarangan Stadium Paroi malam tadi.

Hujan renyai-renyai tidak menghalang lebih 1,000 orang hadir ke ceramah tersebut.

Turut menyampaikan ceramah, Aminuddin yang juga merupakan Naib Presiden KeADILan; Naib Presiden KeADILan, YB Chang Lih Kang dan Saudara G.Manivannan serta Ahli Parlimen Johor Bahru, YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button