Berita

Aminuddin seru masyarakat salur maklumat kegiatan perlombongan haram

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru kepada semua masyarakat di Negeri Sembilan supaya menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti perlombongan haram di negeri ini.

Aminuddin berkata, hal ini keselamatan penduduk setempat terjamin dan juga mesra alam.

“Sebagaimana yang terjadi di Kuala Pilah tempoh hari, berlakunya gali tanah dan membina kolam.

“Kita khuatir sekiranya tanah tersebut pecah akan mendatangkan masalah kepada kawasan sekeliling.

“Oleh itu, jika terdapat sebarang maklumat, salurkan kepada pegawai kerajaan ataupun Pejabat Tanah di kawasan masing-masing.

“Kita juga akan memberikan ganjaran kepada mereka yang memberikan maklumat,” kata Aminuddin.

Aminuddin turut tambah, Kerajaan Negeri tidak menghalang aktiviti ini sebaliknya perlu dilakukan dengan betul.

“Kita tidak menerima sebarang permohonan berkaitan perlombongan nadir bumi hingga hari ini.

“Kerajaan Negeri juga sedang menunggu SOP yang akan dikeluarkan Kerajaan Persekutuan supaya dapat diselaraskan di semua negeri,” ujarnya.

Aminuddin berkata demikian di sidang media Pasca Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button