Berita

Aminuddin rasmi Hab KitaRecycle pertama di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah merasmikan HAB KitaRecycle SWM Environment yang pertama di Negeri Sembilan.

Aminuddin berkata, langkah ini diambil bagi mendidik masyarakat berkaitan kitar semula dan merealisasikan agenda Kerajaan Negeri untuk mencapai agenda kadar kitar semula sebanyak 40 peratus.

“Pada waktu ini, Majlis Bandaraya Seremban merupakan Pihat Berkuasa Tempatan (PBT) pertama di negeri ini mewujudkan Hab KitaRecycle ini.

“Pada masa akan datang, saya berharap agar SWM Environment dapat bekerjasama dengan PBT lain di negeri ini untuk memastikan kitar semula ini sebagai gaya hidup kita.

“Saya juga turut menyeru kepada masyarakat untuk melakukan kitar semula ini daripada rumah sendiri.

“Dalam masa sama, saya juga berharap agar masyarakat mempunyai kesedaran terhadap kitar semula ini bagi mencapai kadar kitar semula yang dihajatkan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Perasmian Hab KitaRecycle SWM Environment Negeri Sembilan.

Foto: Nabil Syafik

Show More

Related Articles

Back to top button