Berita
Aminuddin santuni masyarakat Sikh Port Dickson
PORT DICKSON: Calon Pakatan Harapan Parlimen Port Dickson, YB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menyantuni masyarakat Sikh Port Dickson dalam satu program ramah mesra.
“Terima kasih saya ucapkan di atas kesudian menerima kunjungan saya.
“Saya tekankan tentang pentingnya perpaduan kaum serta saling hormat menghormati budaya satu sama lain terutamanya dalam konteks negara Malaysia.
“Ayuh sama-sama kita pertahankan perpaduan yang telah terbina selama ini,” ujar beliau dalam pertemuan tersebut.