Berita
Aminuddin santuni penduduk Linggi
PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah turun padang bagi menyantuni penduduk di Linggi.
Aminuddin berkata, aktiviti tersebut dilakukan untuk mengeratkan hubungan beliau dengan penduduk di situ.
“Saya juga ingin mengambil tahu berkenaan isu-isu berbangkit di kawasan ini untuk tindakan susulan.
“Dalam pada itu, untuk makluman Pejabat Ahli Parlimen Port Dickson berada di jalan utama Lukut-Port Dickson, bersebelahan Pejabat KeADILan Port Dickson.
“Penduduk boleh datang ke pejabat sekiranya terdapat sebarang isu yang hendak diadukan,” kata Aminuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson.