Menarik

Aminuddin santuni pengunjung Bazar Ramadhan Dataran Melang

KUALA PILAH: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun melawat Bazar Ramadhan di Dataran Melang.

Aminuddin berkata, kawasan tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk sekitar.

Kawasan ini juga menggabungkan bazar Pekan Kuala Pilah dan Dataran Melang sekaligus menempatkan 120 lot dengan kadar sewa cuma RM350 sebulan sahaja.

“Saya sempat beramah mesra bersama pengunjung dan membelikan juadah berbuka untuk mereka.

“Saya menasihatkan jangan membazir apabila membeli. Jangan beli terlalu banyak sampaikan ada makanan yang terpaksa dibuang.

“Semoga kita menjadi hamba-Nya yang sentiasa bersederhana dalam apa juga keadaan,” kata beliau.

Turut hadir, ADUN Pilah, YB Nazaruddin Sabtu.

Show More

Related Articles

Back to top button