Berita

Jangan tunggu air dah sampai bumbung, baru nak pindah

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menasihatkan mangsa banjir mengikut arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

“Kalau diminta pindah, mohon pindah. Tak perlu dipujuk dua atau tiga kali.

“Pegawai penyelamat datang nak bantu dan apabila diminta pindah, mangsa banjir tidak mahu pindah.

“Dah air naik hampir ke bumbung, barulah hubungi pasukan penyelamat minta diselamatkan.

“Ini mengundang risiko kepada mangsa banjir,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata, pasukan penyelamat lebih memahami keadaan banjir di kawasan tertentu.

“Justeru, jangan mengelak daripada arahan penyelamat. Beri kerjasama kepada pasukan penyelamat,” ujarnya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button