Berita

Aminuddin: Selamat Menyambut Hari Deepavali

Deepavali Nal Vaalthukal

Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut Hindu di Malaysia dan khususnya di Negeri Sembilan.

Walaupun Deepavali pada tahun ini disambut secara sederhana kerana kesan dari pandemik Covid-19, tetapi saya percaya ia tetap meriah.

Saya berharap dalam suasana meraikan Deepavali, amalkan SOP yang ditetapkan.

Selain itu, sejak dua minggu lepas semua ADUN, Ahli Parlimen dan Penyelaras DUN dari Pakatan Harapan telah mengagihkan sumbangan barangan keperluan makanan asas kepada penganut Hindu yang kurang berkemampuan di DUN masing-masing sempena sambutan Deepavali pada tahun ini.

Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban mereka dalam menyambut perayaan Deepavali.

Tidak lupa setinggi-tinggi penghargaan kepada ‘frontliners’ yang bertugas pada hari perayaan Deepavali ini.

Pengorbanan dan sumbangan ‘frontliners’ yang bertugas siang dan malam untuk mengawal dan membasmi wabak maut Covid-19 amat dihargai.

Selamat Menyambut Hari Deepavali. 

Deepavali Nal Vaalthukal

YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun

Menteri Besar Negeri Sembilan,
Ahli Dewan Undangan Negeri Sikamat,
Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan Negeri Sembilan,
Pengerusi Majlis Pimpinan KeADILan Negeri Sembilan.

14 November 2020

Show More

Related Articles

Back to top button