Berita

Aminuddin seru cegah perbuatan vandalisme

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru agar masyarakat mencegah sebarang perbuatan vandalisme yang berlaku di negeri ini.

Aminuddin berkata, hal ini demikian kerana, terdapat empat siren amaran banjir di Kampung Jimah telah dipotong oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Walau bagaimanapun, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan (JPSNS) telah membaik pulih siren tersebut setelah mendapat laporan daripada penduduk setempat.

“Secara keseluruhannya, terdapat 22 Stesen Siren Amaran Banjir di seluruh negeri.

“Sistem ini diletakkan di kawasan yang berisiko dilanda banjir sebagai salah satu langkah untuk memberi amaran awal kepada penduduk sekitar,” kata Aminuddin.

Aminuddin turut berpesan agar sentiasa mengambil perhatian berkenaan sistem-sistem amaran yang ada di kawasan masing-masing.

“Laporkan kepada jabatan berkaitan sekiranya terdapat aktiviti yang berisiko merosakkan sistem tersebut.

“Insya Allah, sama-samalah kita memainkan peranan dalam memastikan keselamatan anggota masyarakat setempat,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button