Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita

15 penganut Hindu terima sumbangan barangan dapur dari Rusli

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah memberi sumbangan barangan dapur kepada 15 penganut Hindu di Kampung Takau, Linggi.

Rusli berkata, sumbangan tersebut diberikan untuk membantu meringankan beban mereka yang akan menyambut perayaan Deepavali.

“Saya juga turut menjelaskan kepada mereka bantuan serta insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri.

“Dalam masa sama, saya juga turut membantu mereka untuk membuat permohonan yang berkaitan.

“Semoga segala urusan mereka dipermudahkan,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button