BeritaMenarik

Aminuddin seru guru terap perasaan Rabbaniyyin dalam mengajar

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru agar semua guru menerapkan sifat Rabbaniyyin ketika mengajar.

Aminuddin berkata, hal ini demikian supaya kita dapat melahirkan insan yang sempurna.

“Dalam erti kata lain menjadikan pelajar hari ini seseorang yang memahami dan mengamalkan akhlak yang baik.

“Ini kerana kita ingin semua pelajar memahami dan mampu menerapkan adab, kesopanan dan kesusilaan seperti yang ada dalam rukun negara.

“Saya sering tekankan perkara ini kerana kita akan melihat keputusannya dalam 10 tahun hingga 20 tahun akan datang.

“Jika mereka gagal dalam menjadi insan yang mempunyai akhlak dan adab adalah kerana kesilapan kita yang gagal mendidik mereka dengan baik,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button