Berita

Aminuddin seru jaga kebersihan Pantai Port Dickson

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru orang ramai supaya menjaga kebersihan pantai.

“Setiap sampah yang terhasil perlu dibuang di tempat sepatutnya atau bawa pulang sendiri.

“Hal ini demikian kerana jika amalan ini dapat dipupuk, sudah tentu kita semua dapat menikmati keindahan pemandangan dan persekitaran pantai,” kata Aminuddin yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson.

Aminuddin berkata demikian ketika lawatan ke Jeti Pasar Nelayan Pasir Panjang, Port Dickson.

Show More

Related Articles

Back to top button