BeritaProgram

Aminuddin seru meriahkan NS Fest tahun ini

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun menyeru kepada rakyat di negeri ini hadir bagi memeriahkan program NS Fest yang akan berlangsung bermula esok (Khamis) hingga Ahad ini.

“Terdapat pelbagai aktiviti diadakan seperti Battle of Selawat, Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin, Hari Usahawan dan sebagainya.

“Ustaz Don Daniyal juga turut hadir dalam sesi Forum Halal yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).

“Program tersebut juga akan dihadiri Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Selain itu, keluasan tapak juga turut ditambah bagi meningkatkan bilangan peniaga.

“Oleh itu, saya menjemput orang ramai serta yang luar daripada Negeri Sembilan untuk hadir bagi memeriahkan program ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di sidang media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button