
SEREMBAN: Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mahu pengundi keluar mengundi beramai-ramai pada hari ini.
“Selamat mengundi buat seluruh rakyat Negeri Sembilan khususnya dan Malaysia amnya.
“Ayuh tunaikan tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia dan sama-samalah kita raikan demokrasi,” kata Aminuddin selepas mengundi di Sekolah Menengah Dato’ Haji Mohd Redza, Sikamat.
Aminuddin juga calon Pakatan Harapan Parlimen Port Dickson.