Menarik

Aminuddin sumbang RM2,000 kepada 34 buah SJK Tamil

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah memberikan sumbangan kewangan sebanyak RM2,000 kepada 34 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di sekitar Negeri Sembilan.

Aminuddin berkata, manakala sebanyak 27 buah sekolah lagi telah diserahkan pada awal tahun.

“Ini menjadikan sejumlah 61 buah SJKT telah menerima sumbangan kewangan.

“Saya harap agar peruntukan ini dapat digunakan sebaik mungkin bagi pembangunan pendidikan anak-anak Negeri Sembilan.

“Dalam masa sama saya turut berharap agar para pelajar di sekolah ini menjadi cemerlang dalam bidang akademik dan sahsiah,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button