Berita

Aminuddin sumbang RM30,000 di malam amal SK Senawang 3 dan SK Seri Kelana

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menyumbang sebanyak RM30,000 kepada Sekolah Kebangsaan Senawang 3 dan Sekolah Kebangsaan Seri Kelana.

Aminuddin berkata, sumbangan tersebut bagi menjayakan Malam Konsert Amal Aina Abdul dan Rabbani yang dibuat oleh SK Senawang 3 dan SK Seri Kelana.

“Konsert amal sebegini bertujuan mengumpulkan sumbangan bagi membantu pihak sekolah untuk menjalankan program ataupun memperbaiki infrastruktur sekolah.

“Selain itu, konsert amal ini secara tidak langsung merupakan hiburan yang mendidik jiwa.

“Hal ini kerana dalam berhibur kita juga turut sama berdakwah kepada orang lain,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button