Berita

Aminuddin sumbang RM5,000 kepada Port Dickson Football Association

PORT DICKSON: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah memberi sumbangan sebanyak RM5,000 kepada Port Dickson Football Association (PDFA).

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, sumbangan tersebut adalah membantu pasukan tersebut untuk menjalankan aktiviti serta sebagai satu penghargaan.

“Hal ini demikian kerana, mereka telah menjadi naib johan dalam Kejohanan Piala Tuanku 2023 yang lalu.

“Saya juga ingin menasihatkan kepada para pemain agar tidak terlalu selesa dengan kejayaan yang kita miliki hari ini.

“Saya yakin anda semua mampu mencapai kejayaan yang lebih lagi pada masa akan datang.

“Tetapi apa yang penting adalah anda harus mengekalkan komitmen dan usaha untuk berjaya.

“Anda semua juga harus menetapkan matlamat supaya menjadi pembakar semangat diri.

“Sebagai Ahli Parlimen Port Dickson, saya akan berusaha untuk membantu PDFA supaya dapat menjadi sebuah kelab yang mampu menyumbang pemain terbaik kepada negeri dan negara,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button